FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN JIN
Gangguan jin ini berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya ialah:
A) Berpunca Daripada Jin
- Jin yang
jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
- Jin yang
sengaja ingin menzalim manusia.
- Dengki dan hasad kepada manusia yang
diberi kelebihan oleh Allah.
- Balas dendam kerana kematian keturunannya samaada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
- Benci kepada manusia yang taat dan
yang mempelajari agama.
- Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.
B)
Berpunca Daripada Manusia
- Kecuaian manusia seperti menyiram air
panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
- Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
- Bersama isteri tanpa menyebut nama
Allah.
- Perempuan yang
mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
- Tidak beradab semasa berada di
dalam hutan dantempat-tempat sunyi.
- Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang
yang hasad dengki.
- Sikap manusia yang
takkabur dan mencabar.
- Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:
- Terlalu marah.
- Terlalu takut.
- Nafsu syahawat yang tinggi.
- Manusia yang lalai.
- Jahil
- Mengamalkan sihir dan amalan-amalan
yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
- Kesanggupan menerima jin (saka)
menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.
C)
Akibat Perbuatan Sihir
- § Jin seringkali digunakan sebagai medium perantaraan di antara tukang-tukang sihir dan mangsa yang kena sihir.
- § Makhluk jin yang dihantar akan memasuki badan manusia untuk menyakitkan tubuh fizikal disamping memberi gangguan dari segi mental dan emosi kepada manusia.
- § Tukangsihir yang akan memberi arahan kepada makhluk jin yang dibawah kuasa mereka untuk membawa benda-benda sihir atau racun-racun santau ke dalam badan manusia.
D) Lemah Semangat
- § Roh yang sakit atau lemah, atau banyak melakukan dosa dan maksiat, meninggalkan sembahyang, minum arak atau melakukan penzinaan, ini menyebabkan sesaorang itu senang untuk di dampingi oleh makhluk-makhluk halus.
E) Belajar Tanpa Guru
- § Gangguan jin akibat amalan seseorang itu memuja jin-jin dengan sengaja atau pun tidak sengaja seperti dilakukan ketika membaca jampi, mentera atau serapah.
- § Mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin, seperti amalan kebatinan mempertahankan diri, ilmu kebal, susuk, ilmu yang berkaitan dengan permainan teater tradisional atau berubat dengan bomoh, pawang dan tukang ubat yang pada hakikatnya berdampingan dengan jin-jin atau roh-roh sesat.
F) Penyakit Fizikal Yang Disebabkan Oleh Gangguan Jin
- § Terdapat beberapa jenis penyakit fizikal seperti stroke (sakit angin ahmar), sakit buah pinggang (nephronic syndrome) dan penyakit SLE, sakit kanser seperti busong yang berpunca dari gangguan sejenis jin.
- § Punca penyakit-penyakit ini adalah kerana gangguan makhluk halus yang memasuki tubuh badan pesakit dan menyerang anggota-anggota badan yang tertentu seperti otak, buah pinggang, urat saraf dan sebagainya.
G) Saka
- § Saka ialah gangguan jin yang datang dari asalnya dibela oleh keturunan keluarga pesakit. Saka bererti salah seorang daripada keturunan teratas pesakit seperti datuk, nenek, ibu atau bapa yang mempunyai atau mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin atau bantuan-bantuan jin.
- § Jin-jin ini akan berpindah kepada keturunan yang berikutnya apabila waris yang asal meninggal dunia.
- § Ini berlaku apabila waris yang mati itu tidak sempat membuang ilmu yang diamalkan atau tidak membebaskan jin-jin yang mendampingnya sebelum waris itu meninggal dunia.
Comments
Post a Comment