PENGERTIAN JIN
Pengertian jin terbahagi kepada dua iaitu istilah dan bahasa. Dari
segi bahasa perkataan Jin berasal daripada bahasa Arab yang terdiri daripada
huruf iaitu Jim dan Nun yang bererti sesuatu yang tersembunyi. Jin digelar
sedemikian kerana ia tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.
Dari segi istilah
menurut pandangan Sabiq, Jin adalah sejenis roh yang berakal dan mempunyai
kehendak. Mereka adalah Mukallaf seperti
manusia, tetapi tidak mempunyai jasad
seperti manusia, tidak dapat dilihat dengan penglihatan, tidak dapat disaksikan
bentuk dan tabiat mereka yang asli dan mereka mempunyai kuasa tersendiri untuk
membentuk diri mereka.
Jin merupakan roh
yang ada di dalam jisim yang halus yang dicipta daripada api, berupaya merupa
dalam pelbagai bentuk, boleh makan dan minum, ada lelaki dan perempuan, mereka
menikah dan melahirkan keturunan sebagaimana manusia biasa.
Comments
Post a Comment