GANGGUAN JIN TERHADAP HARTA


1. Kembali kepada saka, berasal daripada perkataan (puSAKA)
2. Telah wujud lebih daripada 2000 tahun lalu, bahkan sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha ke Alam Melayu (Mohd. Taib, 1989)
3. Tidak asing dengan melayu - buka tanah akibat musnah, melarikan diri - buka kawasan tidak mudah -tenaga dan pengetahuan tentang tempat serta teknilogi yang terbatas
4. Cara memelihara diri atau harta benda daripada musuh.
5. Merangkumi kepada semua benda yang diwarisi termasuk harta pusaka, tanah pusaka dan sebagainya.
6. Merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan memeliharakan diri.
7. Diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka, perlu diwariskan kepada orang lain sebelum tuannya mati
8. Perlu dijaga dengan dijamu acak (telur, ayam panggang, pulut kuning) sesuai menurut persetujuan tuan asalnya, saka yang tidak dipelihara dengan dijamu akan merasuk tuan barunya.
9. Saka ini diwarisi dikalangan keluarga pemilik asal, tetapi terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa saka ini boleh diwariskan kepada kepada sesiapa saja melalui:
üPerbuatan seperti bersalaman
üMenerusi lafaz seperti: “engkaulah sahabat aku dunia dan akhirat.”
10. Membantu dalam kerja-kerja seharian (kerja berat seperti mengangkat batu besar, menebang, mengangkut pokok balak; dan lain-lain; melawan musuh; sebagai ilmu pengisian diri atau ilmu kebatinan; untuk tujuan perubatan seperti menjadi bomoh, bidan ataupun tukang urut, serta untuk tujuan pengangkutan)



Contohnya:
• Menggunakan tali ikatan mayat lalu ditanam di empat penjuru rumah dengan tujuan untuk 
   menjaga rumah daripada sebarang pencerobohan.
• Mengenakan tangkal di pinggang atau di lengan tangan untuk khasiat kebal.
• Besi kuning (melalui proses seperti susuk) untuk perlindungan dan pertahanan diri.
• Menggunakan cebisan rambut, baju dan sebagainya untuk tujuan pukau.

Comments

Popular posts from this blog

PENGERTIAN JIN

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN JIN