PENGERTIAN JIN
Pengertian jin terbahagi kepada dua iaitu istilah dan bahasa. Dari segi bahasa perkataan Jin berasal daripada bahasa Arab yang terdiri daripada huruf iaitu Jim dan Nun yang bererti sesuatu yang tersembunyi. Jin digelar sedemikian kerana ia tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Dari segi istilah menurut pandangan Sabiq, Jin adalah sejenis roh yang berakal dan mempunyai kehendak. Mereka adalah Mukallaf seperti manusia, tetapi tidak mempunyai jasad seperti manusia, tidak dapat dilihat dengan penglihatan, tidak dapat disaksikan bentuk dan tabiat mereka yang asli dan mereka mempunyai kuasa tersendiri untuk membentuk diri mereka. Jin merupakan roh yang ada di dalam jisim yang halus yang dicipta daripada api, berupaya merupa dalam pelbagai bentuk, boleh makan dan minum, ada lelaki dan perempuan, mereka menikah dan melahirkan ketur...
Comments
Post a Comment